Kolaborasi Puisi antara penyair Saleha Ahmad dan Moh. Ghufron Cholid
Kerana namamu kenangan
lalu segarlah kau di ruang ingatan
tidak putus digunting masa
walau tidak tercoret dalam lembar diari
atau terakam melalui kamera kehidupan
tetap tersimpan menjadi sejarah
untuk diperhati sepanjang waktu.
Kerana engkau kunamakan kenangan
menginap untuk seketika di rumah rahim
menunjal keluar sebelum waktunya
tanpa suara tangis menyeri alam
lantaran besarmu dari jerih derita
makananmu cuma bebutir sengsara
minuman kau hirup sekadar air mata lara.
Maafkan aku kerana menamakanmu kenangan
tidak sanggup melihat dewasamu
tiada tempias hujan kasih seorang ayah
bakal menyaramu hanya seorang ibu hilang kudrat
sekian waktu membilang langkah
sesal pada nasib atau takdir
terus merona sebidang tanah hidup
kini kering tandus tanpa air kepercayaan lagi.
Namamu kenangan
Selalu abadi dalam taman ingatan
Mulai mekar bunga kehidupan
Hingga gugur bunga kamboja
Al-Amien, 03 April 2010
Selasa, 13 April 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar